13 December 2016

TS Wonderland - Indoor Waterpark Pasir Gudang

Indoor Waterpark. Main air sampai biru!!!

Siapa yang suka main air?...semua kan?. Masa kita kanak-kanak, remaja dan dewasa pun suka main air. Orang paling suka bila ada kombinasi 4S - Sun, Sand, Sea and Shopping.

Kalau yang tinggal di kampong, ada sungai, boleh mandi sungai. Tapi zaman sekarang, sungai dah sempit, dah jadi macam parit. Banyak yang dah langsung tertimbus. Air pun keladak, tak sejernih dulu-dulu. Kecuali di kawasan ulu, atau air terjun. Bila kawasan sungai dah di bawah-bawah ni, air dah bercampur dengan macam-macam sisa buangan, berkeladak lagi. Semua sisa rumah, kedai, kilang dicampak masuk sungai. Mereka yang suka membuang segala benda ke sungai tidak pernah terfikir di benak kepala bahawa satu hari nanti air tersebut akan diminum oleh dia sendiri. Jadi elakkan membuang sampah kedalam sungai. Air adalah nadi kehidupan.

Sungai begini, baru seronok mandi

yang ini lagi menarik, rasa nak mandi saja

 Sungai begini sudah tercemar...berkeladak selut?

Bagi yang suka main air, tetapi tinggal berdekatan dengan laut atau senang untuk ke-pantai boleh mandi laut. Ini lagi banyak jumpa air, tapi masin. Ada ombak lagi. Tapi yang hanya pandai celup-celup, mandi saja di tepi-tepi pantai saja dan bila ombak tak kuat. Bila ombak semakin kuat, menandakan air akan pasang, cari pantai yang landai dimana pukulan ombak cepat mati. Bila ombak dah mula surut, berkurang menandakan air pasang penuh. Boleh masuk laut mandi lagi.

Pantai cantik, pasir putih tapi panas

Pantai bersih, pasir putih, air jernih - siapa yang tak ingin?

Ini nampak ikan berenang lagi!!






















Mandi laut memang menyeronokkan, tak sedar dah biru-biru tapak kaki dan tangan tambah lagi kulit badan terbakar, jadi gelap. Remaja-remaja yang perempuan kurang suka bila kulit mereka jadi gelap. Tapi akan hilang selepas 2 minggu.

Kalau tak mahu kulit jadi gelap, tapi masih suka main air. Ada indoor water park. Bayar yuran masuk, mandi sepuasnya....hingga kecut dan menggigil!!!. Rehat, makan-makan. Boleh mandi lagi.

Di Pasir Gudang, bertempat di Taman Kota Masai ada indoor water theme park yang baru muncul. Dengar kata..... bagus.

Bagi yang berminat boleh cuba layari (maaf ye, ini bukan promosi sebab saya tidak ada kaitan dengan mereka) Facebook TS Indoor Waterpark.




23 February 2016

Pesta Layang-Layang Sedunia 2016

Pesta Layang-Layang Sedunia 2016 di Pasir Gudang

Pasir Gudang kembali menjadi perhatian dunia dengan menganjurkan Festival Layang-Layang Sedunia 2016 ke 21 (World Kite Festival) yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 24 Februari hingga 28 Februari 2016 bertempat di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari Portal Resmi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Anda juga boleh melihat Flyers dan Aturcara sebenar.

Berikut adalah flyer daripada laman tersebut.


Gambar 1: Flyer 1


Gambar 2: Flyer muka 2

01 January 2016

Lega! Catuan air tamat?.......Kata SAJ

Berita gembira. Hoooray... catuan air tamat!!


"Catuan air di kawasan Pasir Gudang, Masai dan sebahagian Johor Bahru telah ditamatkan" kata SAJ.

Berita sebenar ada di bawah. Pelik juga. Text Heading press release dalam Bahasa Inggeris tapi text nya dalam Bahasa Malaysia!! Mengapa tidak satu bahasa saja. Bagaimana kalau text heading dalam bahasa Perancis dan text nya dalam Bahasa Malaysia. Oooh lupa ya! kita bukan di jajah oleh Perancis.

Zaman sekarang sukar untuk mempastikan yang betul dan yang salah. Secara normal nya yang sejak dulu dikatakan betul tapi kini dikatakan salah dan sebaliknya. Entah lah!

PRESS RELEASEDATE: 30 DECEMBER 2015

Catuan air tamat....lega rasanya

WATER SUPPLY SCHEDULE DISCONTINUED IN PASIR GUDANG, MASAI & PART OF JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU- SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) hari ini menamatkan Bekalan Air Berjadual (BAB) bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan sebahagian Johor Bahru apabila paras Empangan Sg. Layang menunjukkan trend kenaikan yang positif ekoran taburan hujan serta inisiatif-inisiatif yang dilakukan memperlihatkan keberkesanannya.

Keputusan mengakhiri operasi BAB itu dibuat setelah mengkaji secara terperinci pola taburan hujan, keberkesanan projek penyaluran air mentah Cabang Tiram Empangan Layang, keberkesanan pemindahan air mentah Sg. Johor Empangan Layang serta kemampuan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar merawat air mentah dan menyalurkannya pada kapasiti yang diperlukan melalui rangkaian sistem paip yang efisien.

Ini tidak termasuk tindakan-tindakan operasional melalui pengolahan sistem bekalan air yang banyak membantu dalam penjimatan penggunaan air dari Empangan Sg. Layang, seperti liputan tambahan dari sistem bekalan air yang berhampiran.

Sungguhpun paras empangan berada di paras 21.30 meter, yang masih di bawah paras kritikal 23.50 meter, namun pihak SAJ optimis dengan inisiatif-inisiatif yang dilakukan serta mengambil kira keperluan pengguna yang menghadapi cuti umum dan persiapan awal persekolahan.

Ini bermakna simpanan air mentah di empangan terbabit masih terdedah kepada cuaca kering yang dijangka melanda Negara antara Januari hingga Mac tahun depan. Namun, sekiranya cuaca kering berlanjutan, pihak SAJ tidak menolak kemungkinan bekalan air berjadual terpaksa dilaksanakan semula bagi menjamin keupayaan takungan empangan terbabit secara berterusan.
Oleh itu, pengguna di kawasan terbabit diingatkan supaya terus menggunakan air secara berhemah agar paras empangan mampu bertahan lebih lama.

Sementara itu, bagi pengguna di Mukim Tanjung Surat, Mukim Pantai Timur dan Mukim Pengerang di Kota Tinggi yang menerima bekalan air mentah dari Empangan Sg Lebam bekalan air berjadual masih diteruskan sehingga 15 Januari 2016 ini mengikut sepertimana jadual yang diedarkan.

Sungguhpun projek pemindahan air mentah dari Sg. Papan ke Empangan Sg.Lebam telah berjaya dilakukan, namun peningkatan yang dicatatkan masih lagi tidak ketara.

Sebagai makluman juga, bekalan air secara berjadual ini dengan sendirinya terbatal sekiranya paras air di empangan menunjukkan peningkatan sekaligus membolehkan loji beroperasi pada kapasiti pengeluaran biasa dan seterusnya pengguna mula mendapat bekalan air sewajarnya.

Operasi Bekalan Air Berjadual berlangsung sejak Ogos yang lalu membabitkan 23 buah lori tangki, 175 tangki static, seramai 201 anggota tambahan, 585 injap yang dioperasikan setiap hari, 83 buah sekolah, 8 pusat dialysis dan 3 buah hospital.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan bekalan air setempat boleh terus menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau menerusi e-mail customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam dan sila rujuk info terkini mengenai status bekalan air di laman sosial Facebook Setitis YANG Bermakna.

25 December 2015

Kadar Sewa 2017 - Afidea Homestay Pasir Gudang


Kadar Sewa 2017 Homestay Afidea Pasir Gudang


Afidea Mawar Homestay, No. 44, Jalan Mawar 20, Taman Mawar
Pasir Gudang 81700

Isnin - Khamis:
2 hari/1 malam (2H/1M): RM180.00

Jumaat - Ahad, Cuti Umum:
2 hari/1 malam (2H/1M): RM200.00


Afidea Alpinia Homestay, No. 34, Jalan Kijang 2, Taman Scientex
Pasir Gudang 81700

Isnin - Khamis: 
2 hari/1 malam (2H/1M): RM200.00

Jumaat - Ahad, Cuti Umum:
2 hari/1 malam (2 H/1M): RM220.00


Afidea Luna Homestay, No. 44, Jalan Kancil 22, Taman Scientex
Pasir Gudang 81700

Isnin - Khamis:
2 hari/1 malam (2H/1M) : RM220.00

Jumaat - Ahad, Cuti Umum:
2 hari/1 malam (2H/1M): RM240.00

Syarat tempahan dan Diskaun:


1. Tempahan minima 3 hari/2 malam.
2. Bagi penginapan yang berterusan 3 malam atau lebih diberi potongan 10% untuk malam ke-3 dan berikutnya
3. Diskaun ekstra bila menginap lebih lama, mingguan, bulanan. Sila talipon/SMS/whatsapp.

Pembatalan tempahan

Anda boleh membatalkan tempahan 72 jam (3 hari) sebelum tarikh menginap tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pembatalan di saat akhir dan gagal check-in (no-shows) akan dikenakan bayaran setara dengan kadar 1 malam.